Salam semua,
Menyediakan sarapan pagi untuk anak-anak ke sekolah memang cabaran buat kita kepada ibu-ibu. Tak kisahlah ibu berkerjaya ataupun surirumah tangga. Aduh, kadang kala buntu juga hidangan apa yang perlu kita sediakan.Adakalanya mereka hanya meneguk air milo yang suami sediakan sahaja.
Teringat masa kita di alam persekolah di kampung, mak pasti akan menyediakan sarapan untuk kami pergi sekolah. Entahlah, untuk kami sekeluarga goreng pisang menjadi kemestian untuk kami bersarapan. Hingga hari ini, anak- anak pun biasa makan goreng pisang di waktu pagi. Pisang masak biasanya cepat saja licin. Kalau pisang yang belum lagi masak, mak akan goreng dan hiris nipis,biar tidak keras bila dah sejuk. Mungkin persekitaran rumah yang banyak pokok pisang yang ditanam oleh abah.
Sebutlah apa jua jenis pisang, pasti abah ada menanamnya di sekitar rumah. Hingga hari ini pisang raja masih menjadi pisang kegemaran saya selain dari pisang awak,nangka an berangan.
Lain waktu nanti sampai jumpa lagi..
~salam sayang
Kisah Kehidupan..
Cerita suka duka kehidupan. Lebih santai dan cool..
Tuesday, January 7, 2014
Salam Persahabatan...
Pertama kali menulis untuk tatapan umum. Sebenarnya dah lama teringin untuk menulis, share cerita suka duka kehidupan atau apa jua. Tapi sempena hari yang Has rasa permulaan yang baik, Has mulakan hari ni.
Banyak idea, cerita dan pengalaman yang Has nak kongsikan. Cerita dari zaman kanak-kanak hinggalah dewasa. Mungkin tulisan Has agak kelam kabut, tapi dari masa ke semasa akan cuba buat yang terbaik. Apa yang Has mahukan,agar readers semua santai dalam melayari cerita-cerita dari Has. Sampai jumpa lagi.
~Salam sayang

Subscribe to:
Posts (Atom)