Tuesday, January 7, 2014

Sarapan Pagi

Salam semua,

Menyediakan sarapan pagi untuk anak-anak ke sekolah memang cabaran buat kita kepada ibu-ibu. Tak kisahlah ibu berkerjaya ataupun surirumah tangga. Aduh, kadang kala buntu juga hidangan apa yang perlu kita sediakan.Adakalanya mereka hanya meneguk air milo yang suami sediakan sahaja.
Teringat masa kita di alam persekolah di kampung, mak pasti akan menyediakan sarapan untuk kami pergi sekolah. Entahlah, untuk kami sekeluarga goreng pisang menjadi kemestian untuk kami bersarapan. Hingga hari ini, anak- anak pun biasa makan goreng pisang di waktu pagi. Pisang masak biasanya cepat saja licin. Kalau pisang yang belum lagi masak, mak akan goreng dan hiris nipis,biar tidak keras bila dah sejuk. Mungkin persekitaran rumah yang banyak pokok pisang yang ditanam oleh abah.
Sebutlah apa jua jenis pisang, pasti abah ada menanamnya di sekitar rumah. Hingga hari ini pisang raja masih menjadi pisang kegemaran saya selain dari pisang awak,nangka an berangan.
Lain waktu nanti sampai jumpa lagi..

~salam sayang

No comments:

Post a Comment